PruBSN WarisanPlus
Persediaan perlindungan untuk keluarga tersayang
5 Sebab Anda Perlu Menyediakan
Hibah Takaful
- Hibah Takaful adalah hadiah (pampasan kematian) yang akan diberikan kepada orang yang ditinggalkan (keluarga, suami/isteri, anak-anak, sesiapa sahaja yang dikehendaki) untuk meneruskan kehidupan
- Hibah Takaful dilakukan tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid jika pemegang takaful itu meninggal dunia.
- Ianya juga dapat mengelakkan konflik keluarga (perebutan) pampasan kerana Hibah Takaful tidak boleh dipertikai & penama akan mendapat pampasan penuh dengan lebih cepat.
- Justeru, Hibah Takaful juga dapat digunakan untuk melangsaikan hutang & pinjaman (pinjaman pelajaran, kereta, rumah) si pemegang takaful ketika beliau masih hidup.
- Tiada kos guaman yang diperlukan untuk pengurusan Hibah Takaful.

Kini Perlindungan Hibah Takaful dengan Jumlah Gandaan
Untuk memastikan jumlah hibah cukup untuk keluarga tersayang, kini perlindungan hibah diberi gandaan mengikut jenis kematian.

Manfaat Gandaan
200% kematian akibat kemalangan.
300% kematian kemalangan di tempat & dalam kenderaan awam
400% kematian di luar negara.
Manfaat Tambahan
Manfaat bagi memastikan anda mendapat perlindungan terbaik.

Hibah Sambil Menyimpan
Perlindungan Hibah Takaful sambil membuat simpanan di hari kemudian jika dipanjangkan usia sehingga tempoh matang.

Perlindungan Penyakit Unik
Pampasan tambahan diberikan sebaik sahaja anda di diagnosis atau kemasukan hospital disebabkan wabak atau penyakit berjangkit.

RM3000 Pampasan Khairat Kematian.
Dapatkan manfaat khairat kematian sebanyak RM3000 untuk membantu keluarga di kala di timpa ujian & saat genting.
Terma Perlindungan dan Pembayaran
Tempoh Sumbangan |
5, 10 atau 20 tahun, atau sepanjang Tempoh Perlindungan |
Sumbangan Minimum Bulanan |
Sumbangan bulanan minimum adalah RM100 untuk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak. Sumbangan bergantung kepada pilihan jumlah perlindungan asas, tempoh sumbangan dan kekerapan sumbangan. Kadar sumbangan berbeza mengikut umur, jantina, status merokok, kelas pekerjaan, keadaan kesihatan, tempoh sumbangan umur matang. |
Umur Kelayakan |
1 hingga 70 tahun pada tarikh lahir akan datang Nota: Untuk umur tamat tempoh pada 70 tahun, usia kemasukan maksimum adalah 60 tahun pada hari lahir akan datang. |
Tamat Tempoh Perlindungan |
Sehingga 100 tahun |
Jumlah Perlindungan Minimum |
Dewasa Kanak-Kanak |
Terma Perlindungan dan Pembayaran
Manfaat Matang |
Nilai dari Akaun Unit Perlindungan (PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA), jika ada. |
Manfaat Kematian |
Mana-mana yang lebih tinggi antara yang berikut: |
Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) |
Jumlah Perlindungan untuk Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh Nota: Jika berlaku Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh sebelum tamat tempoh atau sebelum umur 70 tahun. Tertakluk pada jumlah maksimum RM8,000,000 bagi setiap orang yang dilindungi. |
Ciri-ciri
Jumlah perlindungan yang tinggi untuk kelangsungan hidup keluarga yang lebih lama
Dengan nilai perlindungan minimum RM250,000 dari PruBSN WarisanPlus, keluarga anda akan dapat mengekalkan gaya hidup semasa dan membantu anda melangsaikan hutang apabila anda meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD).
Perlindungan yang boleh diubah suai dengan sumbangan yang berpatutan
Tidak ada satu pelan perlindungan yang lengkap dengan kesemua ciri. Dengan PruBSN WarisanPlus, anda boleh sertakan rider berpandukan keperluan anda.
Perlindungan penyakit unik
Menerima pampasan apabila anda di diagnos atau dimasukkan ke wad disebabkan penyakit berjangkit bergantung kepada kategori berikut:
KATEGORI A: RM5,000/diagnosis/penyakit
-
Campak
-
Demam Chikungunya
-
Penyakit Mulut Kaki Tangan
-
Demam kepialu
-
Rabies
KATEGORI B: RM10,000/dimasukkan ke hospital/penyakit
-
Virus Zika
-
Ebola
-
MERS-CoV
-
SARS
-
Malaria
-
Penyakit Creutzfeldt-Jacob
-
Influenza A – Influenza Avian AH7N9 & AH5N1
-
Virus Ensefalitis Nipah
-
Ensefalitis Jepun
Hibah
Jamin mereka yang anda sayang dengan menamakan mereka sebagai penerima. Mereka akan menerima manfaat kematian tanpa melalui prosedur pewarisan harta yang berpanjangan.
Bantuan perbelanjaan pengebumian
Meringankan beban keluarga anda apabila mereka menerima RM3,000 daripada manfaat Khairat.
Peluang pelaburan
Anda boleh memilih daripada 7 jenis Dana berkaitan Pelaburan yang memenuhi keperluan risiko anda untuk meningkatkan nilai tunai dengan potensi pulangan.
Permohonan yang mudah
Tidak perlu melalui pemeriksaan perubatan untuk menikmati jumlah perlindungan asas sehingga RM2 juta.
Pilihan untuk melanjutkan perlindungan sehingga umur 100 tahun.
Anda boleh melanjutkan tempoh perlindungan sehingga umur 100 tahun melalui pilihan Tempoh Lanjutan Sijil, tertakluk pada sumbangan tambahan yang diperlukan.
Melangkaui Semangat Takaful
Membolehkan anda membantu golongan keluarga miskin tegar dan miskin untuk dilindungi dengan perlindungan takaful keluarga asas.
Pelepasan Cukai
Untuk PruBSN WarisanPlus, anda boleh menuntut pelepasan cukai insurans yang berkaitan, tertakluk pada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Muat Turun
Kami sedia untuk membantu anda bagi memastikan carian anda ditemui.