Apakah perbezaan Insurans dan Takaful?

Takaful dan insurans merupakan perlindungan kewangan kepada individu mahupun syarikat sekiranya perkara yang tidak diduga berlaku seperti kemalangan, mengidap penyakit kritikal, kos rawatan penyakit yang tinggi ataupun melibatkan kematian.

Secara dasarnya, Takaful boleh dianggap seperti insurans versi Islamik ataupun insurans patuh syariah kerana kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama. Tetapi kaedah perlindungan yang digunakan untuk kedua-dua ini adalah berbeza.

Jadi apakah perbezaan antara Insurans dan Takaful?

Fungsi insurans (konvensional) adalah untuk memberi perlindungan kewangan kepada pemegang polisi sekiranya ditimpa musibah. Syarikat insurans akan membayar kos perubatan atau pampasan sekiranya berlaku kemalangan atau kematian. Kaedahnya mengandungi unsur-unsur ‘gharar‘ (ketidakpastian), ‘maisir‘ (judi) dan ‘riba‘ (faedah). Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia telah sebulat suara memutuskan bahawa insurans yang dikendalikan oleh syarikat insurans konvensional adalah haram hukumnya bagi seorang muslim.

Manakala, Takaful pula menggunakan konsep saling membantu dengan caruman di tabung tabarru’ untuk memberi bantuan kewangan kepada peserta Takaful/pencarum sekiranya ditimpa ujian atau musibah seperti kemalangan, menghidapi penyakit mahupun meninggal dunia/kematian. Takaful menggunakan konsep saling membantu sama seperti khairat kematian. Sebagai contoh, tiga orang telah mencarum Takaful sebanyak RM100 setiap bulan. Salah seorang dari mereka diuji dengan kemalangan dan memerlukan kos rawatan sebanyak RM300. Jadi, duit caruman ketiga-tiga mereka telah diberikan untuk membantu bayaran kos rawatan tersebut.

Jadi, apakah perbezaan antara Insurans dan Takaful? Ianya terletak pada akadnya.

Secara ringkasnya, Takaful dapat menyediakan jaring keselamatan kewangan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Sekiranya anda belum dilindungi, kami mengesyorkan agar anda melanggan pelan Takaful. Sama ada anda menderita penyakit kritikal, kecacatan atau kematian yang tidak dijangka, Takaful memastikan bahawa anda dan orang tersayang anda mendapat pampasan dan perlindungan yang sewajarnya. Takaful bukan terhad kepada orang islam sahaja, malahan semua orang layak memohon.

Untuk memohon bole tekan link dibawah:

https://online-takaful.com/quotation/

Medical Card/Kad Perubatan Takaful perlindungan sehingga RM1.4 juta setahun

https://online-takaful.com/kad-perubatan-medical-card/

Hibah Takaful perlindungan sehingga 400%

 https://online-takaful.com/hibah-takaful/

 

perbezaan insurans dan takaful