TEMPOH MENUNGGU atau “WAITING PERIOD”

Waiting period/tempoh menunggu adalah tempoh yg perlu dilalui oleh pencarum takaful utk plan medical card sebelum boleh menggunakan benefit tertentu. Ada 3 tempoh utama yg perlu di highlightkan.

1) 24 JAM selepas polisi aktif – benefit yg boleh digunakan adalah utk pay & claim pergi klinik disebabkan kemalangan atau warded di hospital disebabkan oleh kemalangan. Contoh kemalangan: Kemalangan jatuh tangga, kemalangan jalan raya & ACL.

2) 4 BULAN/120 HARI selepas polisi aktif – semua penyakit yang nyata & tidak berpanjangan termasuk penyakit persekitaran. Contoh penyakit: demam panas, viral fever, jangkitan virus/kuman & influenza.

3) 2 TAHUN selepas polisi aktif – penyakit kritikal & berisiko tinggi atau berterusan yg memerlukan pengawasan dalam jangka masa yg panjang. Contoh penyakit: gastrik, Asthma, Tyroid, Fibroid, Kanser, Gaot, Migraine, Jantung & etc.

Bagi SAKIT YG MENCURIGAKAN dlm tempoh dua 2 tahun pertama, syarikat takaful boleh menolak untuk bayar claim terlebih dahulu & akan buat siasatan lanjut utk penyakit tersebut sebelum claim tersebut diluluskan utk memastikan penyakit tersebut benar2 wujud selepas mendaftar medical card.

CONTESTABLE PERIOD

Apa pula CONTESTABLE PERIOD secara terperinci? Jom saya share tentang contestable period yang perlu di ambil tahu oleh kesemua pemegang polisi takaful. Mana2 polisi takaful akan ada contestable period. Sebab dah termaktub dlm Laws of Malaysia, Act 758, Financial Services Act 2013.

Contestable period ini adalah tempoh yang membenarkan syarikat Insurance atau takaful untuk melakukan penyiasatan lanjut ke atas claim/tuntutan yang di buat oleh peserta takaful dalam tempoh kurang dari 2 tahun dari tarikh polisi berkuat kuasa.

Jadi kat sini, sekiranya anda bertangguh untuk apply pelan takaful, awak telah bazirkan tempoh contestable period. Sebab tu ejen selalu cakap, APPLY AWAL. Sebab tak nak bazirkan period tersebut.

Antara penyakit yg biasa ditolak & perlu siasatan tarikh sakit yg sebenar-benarnya ialah: Masalah Jantung, Diabetis, Hypertension, Cyst & sewaktu dengannya, ENT (ear, nose, throat) dan lain-lain penyakit yang ada tempoh perkembangan sebelum jadi sakit tersebut BURST.

Ingin memohon kad perubatan atau “medical card”? Boleh klik link di bawah:

https://online-takaful.com/quotation/