“Tahukah anda, RM90 bilion jumlah har­ta beku & tidak dituntut di ne­gara ini pd tahun lalu melibatkan 90% daripadanya milik org Melayu.” Kenapa ianya berlaku? Apa puncanya? Jom saya share faktor yg melibatkan perkara ini berlaku.

1. Waris tidak tahu proses tuntutan.

Ramai hari ini yg tak aware berkenaan pengurusan harta. Mereka ambil mudah perkara ini. Waris tidak tahu ke mana mereka perlu pergi utk menuntut harta pusaka tersebut. Kita hanya akan mula mencari maklumat apabila kes kematian sudah berlaku.

2. Kos yg tinggi dlm pengurusan harta.

Mengikut Akta Probate & Pentadbiran 1959, pihak pengurusan & mentadbir harta pusaka mengenakan caj maksima 5% dari nilai harta. Kalau RM1 juta, maka kos pengurusan RM50,000. Kos tinggi ini menyebabkan ramai waris berputus asa utk meneruskan.

3. Tidak ada kesepakatan antara waris.

Sekiranya waris bersetuju tentang pembahagian harta pusaka ini, maka proses tuntutan akan menjadi lebih mudah dan cepat. Realitinya sebaliknya. Lebih parah sekiranya waris bergaduh sesama sendiri berebut harta yang ditinggalkan.

4. Waris tidak tahu hukum faraid.

Ramai yang menganggap ilmu faraid ini mudah walaupun penting. Hakikatnya tidak ya. Apa yang paling ditakuti adalah apabila kita termakan hak orang lain secara batil. Haram dan berdosa.

5. Proses tuntutan harta pusaka memakan masa yg lama.

Sebab utamanya adalah tidak ada kesepakatan antara waris/waris yg berhak menerima sudah meninggal dunia.Lebih teruk, apabila bergaduh di mahkamah bertahun2 berebutkan harta si mati, sampai 10 tahun pon masih tak selesai.

Pernah dengar berkenaan Hibah Takaful? Ianya BUKANLAH pengganti harta pusaka. Malah, ianya merupakan PELENGKAP kpd nya dimana proses pengurusan yg lebih mudah tanpa melalui hukum faraid. Duit pampasan hibah juga boleh digunakan utk pengurusan harta yg memerlukan kos yg tinggi. Hibah juga dapat menyelesaikan hutang & pinjaman si mati serta nafkah kepada keluarga yg di tinggalkan (isteri/anak/ibu bapa).

Hibah Takaful BUKANLAH pengganti harta pusaka. Malah, ianya merupakan PELENGKAP kepada harta pusaka.

Untuk memohon Hibah Takaful, picit link dibawah:

https://online-takaful.com/quotation/

Hibah Takaful perlindungan sehingga 400%

 https://online-takaful.com/hibah-takaful/

 

RM90 BILLION HARTA BEKU

RM90 BILLION HARTA BEKU